Tuesday 20 August 2013

SALAM PERKENALAN


Assalamualaikum, salam sejahtera kepada semua,

Blog ini dibina atas permintaan pengunjung kami di Dherba online yang mana di sini kami akan meletakkan sebanyak mungkin maklumat produk-produk kami disamping perkongsian ilmu berkenaan dengan perniagaan, kesihatan, kejayaan, minda, aura dan sebagainya.

Apakah yang menjadikan kita sentiasa mendapat hidayah pertolongan daripada Tuhan adalah Kekuatan Kepercayaan Kepada Kuasa Tuhan.  Tuhan mahukan hambanya sentiasa bergantung harap kepadaNya, sentiasa meminta dariNya.  Dan kita sebagai hambaNya sentiasa meminta kepadaNya, kerana jika kita tidak atau malu meminta kepadaNya, kita adalah hamba yang sombong kerana Dia adalah Yang Maha Berkuasa.  Apa sahaja ubat, makanan atau alat yang membantu kita memperolehi apa yang kita hajati adalah sebagai alat sahaja dan Dia-lah yang memperkenankan.

Dan kami berharap agar anda sebagai tetamu kami juga dapat berkongsi maklumat dan ilmu juga cadangan agar dapat kita sama-sama kongsikan kepada yang lain.  Sesungguhnya ilmu yang dimanfaatkan adalah salah satu dari harta yang dibawa bersama ketika mati kelak.

Ini adalah POST pertama kami dari DherbaShoppe.  Di facebook kami dikenali sebagai dherba online dan produk-produk yang kami ada adalah bagi membantu anda dan keluarga memelihara, mencegah, merawat dan memberi cadangan khidmat nasihat berkaitan  kesihatan.  Moga Tuhan merahmati kita bersama hidup di dunia dan akhirat, Insyaallah.  Dan kami dari DherbaShoppe mengharapkan minda dan aura yang positif sentiasa terpancar dari diri kami dan pengunjung blog DherbaShoppe, juga sama-sama berkongsi ilmu di antara kita berkaitan dunia dan akhirat.

Sekian Wassalam..

No comments:

Post a Comment