Monday 10 December 2018

BALM MINT BIDARA


Nama Produk
BALM MINT BIDARA

Manfaat
Membantu menghindarkan masalah loya, pening kepala, selsema, resdung, sengal badan, kembung perut, gatal-gatal, meredakan kesan gigitan serangga dan bengkak.

Ciri-Ciri
Tidak melekit, berangin dan bau-bauan yang menyegarkan.

Kandungan utama
EO daun bidara, daun pudina, halia dan timun.

Harga
RM 15 seunit

Kaedah penghantaran
Cash On Delivery atau Pos laju (RM 8)

Hubungi

014-6851400 (Mie) atau

klik pautan WATSAP INI bagi memudahkan anda terus mesej ke wasap admin.

Tuesday 27 January 2015

4 PERKARA UNTUK SIHAT TUBUH BADAN KITA


Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging 2. memakai haruman 3. kerap mandi 4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh) 2. selalu cemas 3. banyak minum air ketika makan 4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat 2. bercelak sebelum tidur 3. memandang yang hijau 4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis 2. melihat orang dibunuh 3. melihat kemaluan 4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong 2. rajin bersugi (gosok gigi) 3. bercakap dengan orang soleh 4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA’ AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
P/S – Sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim – Muslimat yang lain supaya menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
Sumber : http://hafizamri.com/4-perkara-untuk-sihat-tubuh-badan/

Monday 26 January 2015

Pengurusan Kalori

KAEDAH PENGURUSAN KALORI DAN SENAMAN BERKESAN

Langkah 1

Kenalpasti keperluan kalori harian anda.  Bagaimana untuk mengetahuinya adalah dengan cara menggunakan formula BMR dan DCR.  Ianya diperolehi berdasarkan kepada BERAT, TINGGI dan UMUR anda beserta dengan tahap aktif harian anda.

Catatkan berat, tinggi dan ukur lilit pinggang anda bagi memantau perkembangannya nanti.

Langkah 2

Setelah mengenalpasti Keperluan Kalori Harian anda, dapatkan BMI bagi mengetahui berapa kadar kalori terkumpul yang perlu anda kurangkan dalam satu tempoh tertentu.

Langkah 3

Setelah mengetahui kadar kalori terkumpul yang hendak dikurangkan, rancang pengambilan pemakanan seharian anda berdasarkan pengurangan kalori berbanding keperluan kalori harian. Kebiasaannya pengurangan adalah sehingga 500 kcal.

Pada langkah ini anda perlu untuk mengetahui kandungan kalori bagi setiap makanan yang anda makan.

Langkah 4

Rancang cara untuk mengawal tahap kelaparan dan nafsu makan anda.

a.  Jadualkan makan 5 kali sehari. Makan kerap tetapi sedikit.
b.  Minum air putih lebih sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
c.  Elakkan menahan lapar berpanjangan kerana ini akan menjadikan anda lupa diri apabila makan.
d.  Puasa sekurang-kurangnya 1 hari seminggu.


Contoh :


Nama : Salmah

Jantina : Wanita,
Umur : 38 tahun
Berat = 60kg, Tinggi = 1.8 m,
Aktiviti : Sederhana aktif (3-5 hari/minggu)



Langkah 1 :
Keperluan harian ketika rehat (minimum) Salmah adalah 1313.4 kcal (BMR). Keperluan harian bagi aktiviti adalah 1805.94 kcal(DCR). 


Langkah 2 :
Tentukan berapa kg yang Salmah hendak kurangkan. Berat badan yang dikehendaki = BMI x Ketinggian2. BMI Salmah adalah 21. Oleh itu Berat Ideal Salmah adalah 21 X (1.45x1.45) = 44.2 kg. Dia perlu menurunkan sebanyak 15.8 kg.


Langkah 3 :
Penurunan 1kg bersamaan 7700 kcal. Salmah perlu mengurangkan kalorinya sebanyak 7700 kcal X 15.8kg = 121,660 kcal. Bermaksud sehari maksimum pengurangan kalori adalah 500 kcal. Salmah memerlukan 243 hari atau 8 bulan untuk mendapatlkan berat ideal. 


Contoh Set makanan harian yang perlu di ambil oleh Salmah selama 8 bulan.

Sarapan
Air teh o dan roti canai sekeping = 320 kcal

Makan pagi
Biskut 2 keping = 80 kcal

Makan tengahari
Air kosong + Nasi putih 1 cup + ikan kembung bakar + sayur kobis =  335 kcal

Kudapan Petang
Air kosong dan 2 ketul Pisang goreng = 380 kcal

Makan malam sebelum pukul 8
Susu+ roti 2 keping= 206 kcal

Jumlah keseluruhan kalori terkumpul seharian adalah 1,321 kcal.  Kalori terkumpul yang dapat dikurangkan sehari ialah 485 kcal sehari iaitu keperluan kalori harian di tolak dengan kalori masuk terkumpul iaitu 1805.94 kcal - 1321 kcal = 485 kcal.

Untuk tambahan atau jika tidak dapat menahan nafsu makan gantikan dengan aktiviti bersenam / bersukan atau aktviti pergerakan di rumah seperti menyapu, vakum, mencabut rumput dan sebagainya.  

Untuk mengetahui SENAMAN TERBAIK bagi anda yang tidak punyai masa untuk bersenam, Atau ingin mengetahui KEPERLUAN KALORI HARIAN anda beserta CADANGAN HIDANGAN MAKAN HARIAN untuk diri anda, Daftar borang di bawah. Segala maklumat anda tidak akan didedahkan.  Dherbashoppe akan cuba membantu anda sebaik mungkin.


Wednesday 21 August 2013


Tahukah Anda

Pernah rasa keletihan dan susah untuk bernafas?
Runsing mendengar orang tu, orang ni, orang nun mengidap strok secara tiba-tiba, tiada tanda tiba-tiba kena serangan jantung.

Apa yang saya ingin kongsikan pada post kali ini adalah berkaitan dengan kesempurnaan aliran darah yang membawa zat-zat makanan, air, dan oksigen ke seluruh jaringan badan manusia. 

Gejala-gejala yang disebutkan tadi adalah berkaitan dengan aliran darah yang dipam oleh jantung ke seluruh sel badan termasuk sel otak.  Akibat dari trend pemakanan dan gaya hidup sekarang, menyebabkan berlakunya penurunan kualiti aliran darah ke seluruh sel badan yang disebabkan oleh salur darah yang sempit atau tersumbat. 

Beberapa kemungkinan berlaku disebabkan oleh pengerasan dinding pembuluh darah, paras kolestrol yang tinggi, kegagalan fungsi jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.

Walau apa pun, pencegahan lebih baik daripada merawat. Jangan terlambat selepas terlewat,  Merancang lebih baik daripada menunggu. Pelbagai alternatif cara hidup sihat dan pelbagai jenis makanan tambahan kesihatan dan herba yang boleh diamalkan dan dipraktikkan.  Ingin DherbaShoppe kongsikan sedikit kaedah yang boleh kita amalkan setiap hari.  Kelihatan mudah tetapi untuk dijadikan amalan akan menjadi sukar.

1.     Cara pernafasan.  Tubuh memerlukan oksigen yang cukup umpama sebuah kereta mempunyai enjin yang baik adalah dengan mempunyai aliran udara yang baik.  Dan jantung sahaja organ yang memain peranan untuk mengepam darah, jadi apa salahnya kita membantu jantung untuk tujuan tersebut dengan pernafasan yang betul.  Tekniknya adalah teknik 1:4:2 yang mana  1 saat untuk sedut dari hidung, 4 saat untuk tahan dan 2 saat untuk hembus dari mulut.  Sekurang-kurangnya dilakukan 3 kali sehari.
2.    Minum banyak Air.  Tahukah anda anggaran 80% badan manusia terdiri daripada air.  Cuba fikirkan adakah makanan dan minuman yang kita ambil adalah terdiri daripada asas air.  Adakah kadar tersebut mencukupi dengan kadar 80%.  Oleh itu pastikan diet kita adalah 80% air.  Air juga boleh di perolehi daripada buah-buahan.  Dan salah satu amalan Rasulullah adalah makan buah sewaktu perut kosong, bermaksud makan buah sebelum makan berat dan bukannya selepas.

3.    Pengambilan makanan kesihatan tambahan atau herba.  Contohnya Alfalfa Complex (herba yang di tabletkan)daripada Shaklee.

Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil
Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien.  Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
•    Sumber semulajadi alfalfa.
•    Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air
      sebagai minuman herba semulajadi.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Maklumat lanjut berkenaan dengan Alfalfa Complex atau produk Shaklee yang lain, boleh hubungi 019-4166073 / 013-5840655

Tuesday 20 August 2013

SALAM PERKENALAN


Assalamualaikum, salam sejahtera kepada semua,

Blog ini dibina atas permintaan pengunjung kami di Dherba online yang mana di sini kami akan meletakkan sebanyak mungkin maklumat produk-produk kami disamping perkongsian ilmu berkenaan dengan perniagaan, kesihatan, kejayaan, minda, aura dan sebagainya.

Apakah yang menjadikan kita sentiasa mendapat hidayah pertolongan daripada Tuhan adalah Kekuatan Kepercayaan Kepada Kuasa Tuhan.  Tuhan mahukan hambanya sentiasa bergantung harap kepadaNya, sentiasa meminta dariNya.  Dan kita sebagai hambaNya sentiasa meminta kepadaNya, kerana jika kita tidak atau malu meminta kepadaNya, kita adalah hamba yang sombong kerana Dia adalah Yang Maha Berkuasa.  Apa sahaja ubat, makanan atau alat yang membantu kita memperolehi apa yang kita hajati adalah sebagai alat sahaja dan Dia-lah yang memperkenankan.

Dan kami berharap agar anda sebagai tetamu kami juga dapat berkongsi maklumat dan ilmu juga cadangan agar dapat kita sama-sama kongsikan kepada yang lain.  Sesungguhnya ilmu yang dimanfaatkan adalah salah satu dari harta yang dibawa bersama ketika mati kelak.

Ini adalah POST pertama kami dari DherbaShoppe.  Di facebook kami dikenali sebagai dherba online dan produk-produk yang kami ada adalah bagi membantu anda dan keluarga memelihara, mencegah, merawat dan memberi cadangan khidmat nasihat berkaitan  kesihatan.  Moga Tuhan merahmati kita bersama hidup di dunia dan akhirat, Insyaallah.  Dan kami dari DherbaShoppe mengharapkan minda dan aura yang positif sentiasa terpancar dari diri kami dan pengunjung blog DherbaShoppe, juga sama-sama berkongsi ilmu di antara kita berkaitan dunia dan akhirat.

Sekian Wassalam..